Showing posts with label PRODUK SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label PRODUK SHAKLEE. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Herbal Blend Lotion


KELEBIHAN HERBAL BLEND LOTION SHAKLEE :


  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah.
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal.
  • Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox.
  • Menghilangkan ruam pada bayi.
  • Memberikan kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam.
  • Losyen untuk kegunaan harian.
Harga : RM 27.50

Advanced Joint Health Complex

Advanced Joint Health Complex (AJHT) mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi didalam jangkamasa seawal 5+ hari --> hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka! 

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :

  • menggalakkan mobiliti
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan-sendi yang direka khas : zinc, kuprum, manganese, dan Vitamin C - setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak seperti kebanyakkan supplemen kesihatan sendi, AJHT tidak mengandungi kondritin, satu bahan yang terbukti didalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. AJHT adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian - tidak langsung mengandungi sumber haiwan.

Rekomendasi : 2 kaplets sehari.

Ostematrix


Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam minaral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

MANFAAT UTAMA :


  • Menguatkan tulang.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas.
  • Meringankan stress.
  • Memperbaiki masalah haid.
  • Pengalkalian tubuh.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
1 tablet oste  =   1 gelas susu  = 80 biji badam
tinggi kalsium     tinggi kalsium


Rekomendasi : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali (selepas makan )

Saturday, July 6, 2013

GLA Complex

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

MANFAAT UTAMA :


  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkankahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan Autisme (ADD/ADHD) - dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan belajar dan hiperaktif.
Rekomendasi : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (selepas makan)

Friday, July 5, 2013

Lecithin

Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

MANFAAT UTAMA :


  • Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut-lemak.
  • Melindungi hati - menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak  dan kolesterol - lecithin bertindak sebagai "pembersih" salursarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh.
  • Pelangsingan - menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki -  kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.
Rekomendasi : 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali ( sebelum atau selepas makan)

Monday, July 1, 2013

Omega Guard


MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA !!!

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) diperairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega 3 EPA dan HDA.

MANFAAT UTAMA :


  • Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin, perkembangan memori, sistem saraf dan mata.
  • Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah - mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus.
  • Mengurangkan radang sendi.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - bronkitis, lelah
  • Menentang kanser.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.
Rekomendasi : 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau sesudah makan)

Zinc Complex

Dirumus dari zinc glukonat dengan nuttrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa, untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

MANFAAT UTAMA :

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim - memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.
  • Membentuk kolagen - untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki diabetes - membantu pengeluaran dan mengekalkan fungsi insulin.
  • Bintik putih di kuku - bintik putih dikuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia dan lemah daya penglihatan.
  • Mempertingkatkan sistem imun.
  • Mempercepatkan pemulihan luka - mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
  • Memperbaiki masalah prostat.
  • Kemampuan seks lelaki.
  • Ovulasi wanita.
  • Memperbaiki radang kulit.
  • Mengekalkan deria bau.
<< Zinc adalah suatu khazanah lelaki >>

Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Rekomendasi : 2 kali sehari, 1 tablet setiap kali (lepas makan) 

Sunday, June 30, 2013

Garlic

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA diwaktu musim panas.

Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif ( tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

MANFAAT UTAMA:


  • Mengandungi spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - mengelakkan kembung perut, gastrik, ketidakhadaman.
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi.
  • Detoksifikasi.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Mencegah kanser.
  • Menstabilkan glukos.
Rekomendasi : 2 tablet sehari (lepas makan)

Vitamin E


Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

MANFAAT UTAMA :


  • Melindungi jantung.
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif (lelaki).
  • Anti-penuaan.
  • Anti-oksidan yang kuat.
  • Kelestarian tenaga.
  • Memperbaiki arthritis.
  • Menghalang keguguran.
  • Memperbaiki parut.
Rekomendasi : 2 kali sehari,  1 kapsul setiap kali.

Saturday, June 29, 2013

Vitamin C

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

MANFAAT UTAMA:


  • Membentuk Kolagen - mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun.
  • Memerangi Kanser.
  • Mencantikkan Kulit.
  • Memperbaiki Imsomnia.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat.
AMARAN!!!
  1. Satu batang rokok mampu melupuskan 50 - 100mg vitamin C.
  2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C.
  3. Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak.
  4. Terlebih dos vitamin C (meleihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.
Adakah vitamin C Memadai Dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang dekian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

*Juga terdapat dalam bentuk Chewable Vitamin C khas untuk kanak-kanak atau mereka yang sukar untuk menelan pil.

Rekomendasi: 

Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 kali setiap hari, 2 tablet setiap kali (selepas makan)
Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit - 3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.

Carotomax

Pengambilan purata karotenoid lutein, and beta karotena adalah hanya 8mg. Carotomax membekalkan lebih 13 mg (21,500IU) karotenoid berfaedah ini.

Carotomax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahna untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

MANFAAT UTAMA :


  • Lebih selamat dari vitamin A.
  • Mempertingkatkan penglihatan.
  • Meredakan penyakit kulit.
  • Melindungi Epithelial - memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi - mengukuhkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser terutama kanser paru-paru dan payudara.
  • Menghalang Infeksi
  • Mengglakkan Perkembangan Normal dan Sihat
Mengapa warna kulit kuning?

Warna kulit sebilangan kecil pengguna menjadi kuning selepas mengambil beta karotena,walaubagaimanapun ini bukan penyakit jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi Vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning), serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.

Rekomendasi : 

Untuk pemeliharaan kesihatan - 1 kapsul dua kali sehari (selepas makan)
Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit - 2 kapsul dua kali sehari.


Nutriferon


Penggalak Imunisasi Terbaik!!!


Nutriferon SHAKLEE adalah penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Ianya sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat untuk sembuh.



 Siapakah yang perlu ambil Nutriferon? 
-----------------------------------------------------
- Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
- Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
- Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
- Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
- Mereka yang sering stress.
- Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
- Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
- Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.


 KEISTIMEWAAN NutriFeron SHAKLEE
------------------------------------------------
- Kukuhkan sistem imun badan kita dalam 3 hari saja
- Membantu lawan kanser & tumor
- Meringankan stress & kelesuan
- Melambatkan penuaan - NutriFeron merangsang pengeluaran makrofaj; mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Jadi sel akan lebih sihat!
- Mengurangkan infeksi pesakit Hepatitis B & C
- Mengurangkan masalah menopause
-Mengurangkan simptom PMS; kekejangan sewaktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, mood swing etc

# Rasa seperti teh herba jika dibancuh dalam air suam/panas, Dan rasa seperti brown sugar jika dimakan begitu saja.



BAGAIMANA NutriFeron BERTINDAK

-----------------------------------------------

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. 

Makanan tambahan NutriFeron ™ adalah direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama, ianya membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.

Rekomendasi : 1 paket sehari - tuang ke dalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)

Cinch Energy Tea Mix



  • Minuman yang selamat dan penggalak tenaga semulajadi.
  • Ditambah dengan taurina - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
  • Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.
  • Red Tea Extract - antioksidan / sistem imun yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.

Cinch Shake Mix


Produk yang paling sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan!!

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma anda.

OTOT = METABOLISME

Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

Tapi, setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energising Soy Protin - ESP ). Ini penting - kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadsar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh anda.

MANFAAT UTAMA :

Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.


  • Indeks glisemik - 22; sesuai untuk pengidap kencing manis.
  • Powered by leuchine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6 gm serat setiap hidangan.
  • Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula daarah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO.
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

Wednesday, June 26, 2013

B-complex


B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

MANFAAT UTAMA :


  • Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalahkeletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Mengekalkan kesihatan rambut - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur,rambut gugur dan beruban.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata,mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan day pemerhatian.
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut -  baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan.
Rekomendasi : 2 biji sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan)

Mengapa urin menjadi kekuningan?

Ini merupakan situasi normal kerana B-complex merupakan vitamin larut -air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.

*Nota : B-komplex merangsang metabolisme dan menyebabkan tubuh kita  
           mengeluarkan haba. oleh itu, pengambilan air putih atau teh herba  
           yang banyak adalah sangat digalakkan.

Vitalea


Vitalea adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama yang dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet.


Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.



Juga terdapat Chewable Vitalea khas untuk kanak-kanak.



MANFAAT UTAMA :


  • Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi -  kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  • Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Rekomendasi : 2 biji sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan)

Collagen Powder



Shaklee Collagen Powder  (SCP) adalah supplemen kolagen yang unggul, yang mengandungi 4,000 mg kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi. Amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica,kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.



MANFAAT UTAMA :


  • membantu kulit mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
  • membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • melembapkan kulit, jerawat sembuh dengan cepat dan ini membantu mengurangkan parut.
  • menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • membantu mengurangkan kesakitan dan geseran sendi-sendi.
  • membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • membekalkan nutrisi kepada otak bagi memastikan otak sentiasa sihat.

Rekomendasi : 1 sachet setiap hari.

Vivix

Satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap sellular.

Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan VIVIX, produk supplemen revolusionari anti-penuaaan pada tahap selllular. Lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual.

Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

RAMUAN SEMULAJADI DAN MANFAAT UTAMA:

  • Muscadine Grape - mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.
  • Purple Carrot - Ianya adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia, anthocyanins (antioksidan utama) dan asid klorogenik yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes, dan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  • Elderberry - mengubati simptom flu terutama sekali influenza B, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan simptom sakit otot, demam, astma, batuk, sesak hidung dan dada, merendahkan tahap kolesterol, strok dan serangan sakit jantung.
  • Polygonum Cuspidatum - melambatkan penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlit, dan mengurangkan berat badan.
Rekomendasi : 1 sudu teh setiap hari.

Energising Soy Protein (ESP)

Energising Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penyakit kencing manis.

Manfaat Utama:

1)KECANTIKAN / AWET MUDA 

  • Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
2) KESIHATAN
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
Rekomendasi : 2 - 3 kali sehari (max 3 sudu besar sehari) - boleh campur dengan Mealshake dan Performance Drink)

Mealshakes


Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran,kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Mealshakes dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Mealshakes merupakan pilihan yang bijak.

Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang memilih makanan, sembelit, sering mengantuk, sering demam dan selsema.

MANFAAT UTAMA:


  • NUTRISI LENGKAP - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • MEMBANTU TUMBESARAN - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • ANTI-OKSIDA - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merahyang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang cantik.
  • DETOKSIFIKASI - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • KELAZATAN RASANYA - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekuranagn vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
rekomendasi : Campurkan 2 sudu besar Mealshake bersama ESP dan Performance (perut kosong) atau minuman kegemaran atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.