Sunday, September 22, 2013

Set Kehamilan

·     





 Kenapa pengambilan vitamin penting bagi ibu2 mengandung seawal kehamilan??

* dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
* mengelakkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
* membantu ibu kekal sihat dan memberi tenaga kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
* mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu plak ye..

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan.

2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. 

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. DHA penting utk perkembangan otak bayi. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :

1. Vitamin C - meningkatkan sistem imun 
2. ESP - memberi tenaga dan membantu penyerapan vitamin lain + bonus ** kulit mama n bby cantik dan gebu... :)

Berikan yg terbaik untuk diri anda dan baby..anak itu anugerah Allah yg tak terhingga..jagalah sebaiknya..dan jadikan pengalaman mengandung satu pengalaman yg indah... 
 

Monday, September 9, 2013

Cara menjadi ahli Shaklee dan Kelebihannya

$$$ JOM JANA INCOME SEHINGGA 4,5 MALAH 6 ANGKA SEBULAN HANYA DARI RUMAH $$$

Kenapa saya pilih SHAKLEE? Kenapa BUKAN produk lain?
Bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan Shaklee?? Jawapannya adalah peluang dan pulangan yang diberikan oleh Shaklee..

1. Peluang mendapat/ memperbaiki taraf kesihatan yg baik melalui produk supplement yg diiktiraf di dunia (melalui kajian saintifik & journal yg diterbitkan). – Sudah berada di pasaran 57 tahun tau! 


2. Peluang mendapat/ memperbaiki taraf hidup dari segi ekonomi & gaya hidup..

Shaklee menawarkan ahlinya 3C (CASH, CAR, CONVENTION).


1. CASH / Ganjaran Tunai - (tidak termasuk untung runcit):

  •  Bonus Kumpulan Peribadi sehingga 21%
  •  Leadership bonus - sehingga 6 level
  •  Insentif Coordinator sehingga 1.5%

2. CAR / Program Kereta - berpeluang mendapat tambahan bonus utk bayar kereta kita.

3. CONVENTION - kira percutian yg ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee (dalam negara & luar negara). Ada juga peluang utk menunaikan Umrah.

Apa KELEBIHAN jika anda berdaftar dengan kami??
• Tidak perlu modal yang banyak.. berapa?? RM6500 ??RM650??BUKAN..hanya RM65 sahaja !!! ( Add RM 10 untuk postage)

* free membership utk setiap pembelian produk Shaklee sebyk RM660 ke atas* • Anda akan dibekalkan biz tools (STARTER KIT) untuk permulaan
• Anda tak perlu simpan stok dirumah.
• Anda akan diberikan tunjuk ajar & bimbingan secara percuma
• Anda akan diberikan access ke dalam group tertutup Shaklee yang membincangkan tentang product, customer, cara konsultasi dll secara percuma
• Anda akan diberikan info dan panduan yang berterusan tentang biz online, tips marketing, cara menarik customer, dll secara percuma

Man Jadda Wajada.. Siapa rajin, dia la yg dpt...hehe.. :)
Alhamdulilah, Allah sudah memberikan saya jalan utk menjana INCOME yg lebih! ;) Anda bile lg? Jom join saya SEKARANG!

Boleh juga sms/wasap saya,  Rahimah Othman @facebook 019-9898176 untuk keterangan lanjut!

Monday, September 2, 2013

Set Kesihatan Jantung

RAHSIA JANTUNG SIHAT.. <3 <3 <3    

SERANGAN JANTUNG.. SILENT KILLER !!

SAYANGI JANTUNG ANDA...
mencegah lebih baik daripada mengubati..faktor pemakanan dan gaya hidup kita amat mempengaruhi kesihatan jantung kita.. makanan berlemak, tiada jadual makan yang baik, tidak bersenam@kurang aktiviti luar..

jadi..satu cara terbaik untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat ialah melalui vitamin@makanan tambahan..apa la sgt keluar sikit fulus jika dibandingkan dengan nikmat kesihatan..insyaAllah supplement shaklee boleh membantu...

Blh jgk bg pd ibu bapa/suami/isteri sbg hadiah.. 


Sedikit info mengenai Masalah Serangan Jantung

Serangan jantung ( Myocardial infarction, acute myocardial infarction, MI, AMI) adalah terhentinya aliran darah, meskipun hanya sesaat, yang menuju ke jantung, dan mengakibatkan sebahagian sel jantung menjadi mati.
Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu pada orang dewasa di seluruh dunia dan ia merupakan pembunuh dalam diam (silent killer) kerana ramai pesakit tidak menyedari adanya penyakit tersebut dan mengalami serangan mengejut.
Semakin hari pengidap penyakit jantung dan stroke terus bertambah. Ini berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat seiring dengan berubahnya gaya hidup.

Faktor-faktor Risiko Penyakit Jantung Koroner
  • ·         Memasuki usia 45 tahun bagi lelaki.
  • ·         Bagi wanita, memasuki usia 55 tahun atau mengalami menopause dini (sebagai akibat operasi).
  • ·         Sejarah penyakit jantung dalam keluarga.
  • ·         Diabetes.
  • ·         Merokok.
  • ·         Tekanan darah tinggi (hipertensi).
  • ·         Kegemukan (obesiti).
  • ·  Gaya hidup tidak sihat ( pemakanan tidak teratur, berlemak, kurang bersenam@aktiviti luar)
  • ·         Stress/kurang sihat

10 Tanda dan gejala penyakit jantung yang perlu diwaspadai..

1.    Kelelahan
Jika anda kerap merasa lelah walaupun tidak melakukan aktiviti berat, Segera dapatkan konsultasi doktor . Keadaan ini mungkin terjadi kerana adanya masalah pada jantung. Rasa lelah ini juga sering terasa waktu bangun tidur.

2.   Nyeri di dada
Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan nyeri di bahagian dada kerana penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh tubuh tidak lancar. Keadaan ini juga boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah atau strok.

3.   Berpeluh
Umumnya seseorang berpeluh setelah selesai bersenam atau saat cuaca panas. Tetapi jika anda mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti berat, kemungkinan jantung anda bermasalah.

4.   Sakit kepala
Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala apabila terkena  cahaya. Ini mungkin berpunca daripada denyutan jantung, sama ada ia berdenyut lebih lambat atau lebih cepat. Terutama pada wanita yang sering mengalami migrain atau gangguan visual, setidaknya dua kali dalam sebulan, perlu waspada. Berkemungkinan ini merupakan gejala perkembangan penyakit jantung, menurut kajian yang diterbitkan oleh American Academy of Neurology.Ini terjadi kerana penyimpangan sirkulasi darah yang menyebabkan sakit kepala yang teruk

5.   Mual
Gejala gangguan jantung bermula dengan pembengkakan di bahagian perut. Hal ini menyebabkan pengidap penyakit jantung hilang selera makan dan merasa mual.

6.    Trauma
Pengidap yang pernah terkena serangan jantung boleh menyebabkan trauma. Akibatnya, mereka yang pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami ketegangan, ketakutan, atau trauma akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan psikologi dan stress yang menyebabkan serangan lebih mudah untuk menyerang kali kedua atau seterusnya.

7.    Nyeri tubuh
Rasa nyeri menjadi pertanda utama penyakit jantung. Untuk lelaki, rasa nyeri dirasakan di bahagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bahagian bahu, punggung, siku, dan leher. Nyeri di beberapa titik bahagian tubuh ini disebabkan oleh  penyumbatan arteri.

8.    Denyutan jantung tak teratur
    Jika anda mengalami denyutan jantung yang tak teratur, ini patut diwaspadai kerana ianya boleh mengakibatkan kematian. Denyutan jantung yang tak teratur umumnya terjadi kerana adanya penebalan otot pada injap jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada injap sehingga menyebabkan kebocoran.

9. Sesak nafas
Sesak nafas disebabkan oleh penebalan pembuluh darah yang menghambat edaran darah ke seluruh tubuh. Ini juga disebabkan oleh denyutan jantung yang tidak teratur, kelainan organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta kelainan pada injap jantung.

     10. Pembengkakan
 Pembengkakan terjadi ketika cairan menumpuk di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahawa jantung sedang mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada injap jantung.

9 anggapan salah tentang penyakit jantung

    1.Penyakit jantung hanya terjadi pada orang gemuk saja
2. Penyakit jantung tidak mungkin berlaku  pada anak atau orang muda
3.   Wanita bebas dari penyakit jantung
4.   Penyakit jantung hanya satu penyakit.
5.   Jantungnya sihat, tak mungkin akan sakit jantung
6.   Jantung tidak ada hubungan dengan serangan stroke
7.   Penyakit jantung merupakanpenyakit jantung 
8.   Penyakit jantung tidak dapat dicegah

(sumber : wikipedia.org)

Wednesday, August 28, 2013

Set Kanak-Kanak








Ibu bapa mana yang tidak gembira jika mempunyai anak yang sihat, cergas dan pintar..betul tak?? :)

Dan Ibu-ibu mesti susah hati jika: 
  • anak-anak sering jatuh sakit, 
  • tidak cergas,
  • kurang penumpuan dalam pembelajaran, 
  • ada masalah penghadaman, 
  • tiada selera makan, 
  • sangat memilih makanan (picky eater)
  • berat badan pun tak bertambah...
IBU-IBU TAK PERLU RISAU LAGI SEBAB Shaklee ada menyediakan supplement atau makanan tambahan khas untuk kanak-kanak yang mengalami masalah-masalah tersebut..

 *  MEALSHAKE + OMEGA  *

KELEBIHAN MEALSHAKE


1) Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat ‘shake’ dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan ‘whole milk’ anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori.

2) Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu. 

3) Ada 23gm karbohidrat dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.

5) Untuk 1 / 4 cawan, campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.

6) Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan , 25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.

7) Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat 20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.



Manfaat Omega Shaklee untuk kanak-kanak


  1. Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang)
  2. Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  3. Membantu merawat eczema.
  4. DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  5. Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
  6. Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa 

Tuesday, August 20, 2013

Set Buasir



Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan dalam darah di bahagian rektum yang terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis buasir
Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi gangguan dari laluan najis semasa meneran dan membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab utama
·         Sentiasa duduk
·         Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
·         Cirit-birit
·         Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
·         Batuk yang teruk
·         Bersalin
·         Mengangkat berat
·         Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Faktor Risiko
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
ü  Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
ü  Mengandung
ü  Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
ü  Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit

Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
·         Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
·         Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
·         Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
·         Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Rawatan
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. Anda juga harus mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan yang cepat bertindak yang segera mendapat ke akar masalah buasir seperti krim, minyak, suppositories, kain lap, dan treaments ais adalah sementara dan banyak kali boleh merengsakan permukaan dubur.
Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

Langkah Pencegahan
·         Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
·         Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
·         Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
·         Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
·         Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


~~ ATASI BUASIR DENGAN SHAKLEE ~~

Antara vitamin yang penting untuk membantu mengawal dan menghilangkan masalah buasir adalah:

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas 
bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

OSTEMATRIX : membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Ostematrix ialah sumber kalsium-magnesium yang dilengkapi dengan vitamin D yang mana apabila bergabung, dapat membantu pergerakan otot usus dengan lebih lancar. Kerana itulah mereka yang mengamalkan ostematrix  akan mendapati sistem penghadaman mereka sangat lawas.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Soft Fabric Concentrate

Ini adalah Soft Fabric Concentrate berbau bersih, pelembut fabrik seperti sutera yang mengurangkan kedut dan membawa keluar statik yang lebih baik daripada apa yang anda mungkin telah gunakan.

Faedah

  • Dapat melembutkan lebih banyak pakaian dengan kos yang rendah
  • Melembutkan kain, mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan statik berpaut
  • Membolehkan anda menggosok pakaian dengan lebih mudah
Cara untuk mendapatkan hasil yang terbaik

Untuk basuhan sederhana, gunakan 1/2 oz. 
Untuk basuhan yang banyak, gunakan 1 oz.

Automatik : Soft Fabric Concentrate ke dalam 1 cawan air suam. Tuangkan kedalam dispenser pelembut kain pada permulaan kitaran basuhan.

Manual : Tambah atas pencairan akhir bilas.

Cucian tangan : cairkan 1/4 oz ke dalam 1 cawan air dan gaul rata. Tambah ke akhir air bilasan. Jangan tuang terus kepada fabrik.

Perbezaan Shaklee

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • 'pH yang seimbang
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi - bagi 64 cucian
  • hanya 1/2 oz diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik'
Mesra alam
  • Ramuan semulajadi
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Petua berguna
Gunakan Soft Fabric Softener untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.

Harga : RM 40.00 - 32fl