Monday, September 2, 2013

Set Kesihatan Jantung

RAHSIA JANTUNG SIHAT.. <3 <3 <3    

SERANGAN JANTUNG.. SILENT KILLER !!

SAYANGI JANTUNG ANDA...
mencegah lebih baik daripada mengubati..faktor pemakanan dan gaya hidup kita amat mempengaruhi kesihatan jantung kita.. makanan berlemak, tiada jadual makan yang baik, tidak bersenam@kurang aktiviti luar..

jadi..satu cara terbaik untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat ialah melalui vitamin@makanan tambahan..apa la sgt keluar sikit fulus jika dibandingkan dengan nikmat kesihatan..insyaAllah supplement shaklee boleh membantu...

Blh jgk bg pd ibu bapa/suami/isteri sbg hadiah.. 


Sedikit info mengenai Masalah Serangan Jantung

Serangan jantung ( Myocardial infarction, acute myocardial infarction, MI, AMI) adalah terhentinya aliran darah, meskipun hanya sesaat, yang menuju ke jantung, dan mengakibatkan sebahagian sel jantung menjadi mati.
Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu pada orang dewasa di seluruh dunia dan ia merupakan pembunuh dalam diam (silent killer) kerana ramai pesakit tidak menyedari adanya penyakit tersebut dan mengalami serangan mengejut.
Semakin hari pengidap penyakit jantung dan stroke terus bertambah. Ini berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat seiring dengan berubahnya gaya hidup.

Faktor-faktor Risiko Penyakit Jantung Koroner
  • ·         Memasuki usia 45 tahun bagi lelaki.
  • ·         Bagi wanita, memasuki usia 55 tahun atau mengalami menopause dini (sebagai akibat operasi).
  • ·         Sejarah penyakit jantung dalam keluarga.
  • ·         Diabetes.
  • ·         Merokok.
  • ·         Tekanan darah tinggi (hipertensi).
  • ·         Kegemukan (obesiti).
  • ·  Gaya hidup tidak sihat ( pemakanan tidak teratur, berlemak, kurang bersenam@aktiviti luar)
  • ·         Stress/kurang sihat

10 Tanda dan gejala penyakit jantung yang perlu diwaspadai..

1.    Kelelahan
Jika anda kerap merasa lelah walaupun tidak melakukan aktiviti berat, Segera dapatkan konsultasi doktor . Keadaan ini mungkin terjadi kerana adanya masalah pada jantung. Rasa lelah ini juga sering terasa waktu bangun tidur.

2.   Nyeri di dada
Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan nyeri di bahagian dada kerana penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh tubuh tidak lancar. Keadaan ini juga boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah atau strok.

3.   Berpeluh
Umumnya seseorang berpeluh setelah selesai bersenam atau saat cuaca panas. Tetapi jika anda mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti berat, kemungkinan jantung anda bermasalah.

4.   Sakit kepala
Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala apabila terkena  cahaya. Ini mungkin berpunca daripada denyutan jantung, sama ada ia berdenyut lebih lambat atau lebih cepat. Terutama pada wanita yang sering mengalami migrain atau gangguan visual, setidaknya dua kali dalam sebulan, perlu waspada. Berkemungkinan ini merupakan gejala perkembangan penyakit jantung, menurut kajian yang diterbitkan oleh American Academy of Neurology.Ini terjadi kerana penyimpangan sirkulasi darah yang menyebabkan sakit kepala yang teruk

5.   Mual
Gejala gangguan jantung bermula dengan pembengkakan di bahagian perut. Hal ini menyebabkan pengidap penyakit jantung hilang selera makan dan merasa mual.

6.    Trauma
Pengidap yang pernah terkena serangan jantung boleh menyebabkan trauma. Akibatnya, mereka yang pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami ketegangan, ketakutan, atau trauma akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan psikologi dan stress yang menyebabkan serangan lebih mudah untuk menyerang kali kedua atau seterusnya.

7.    Nyeri tubuh
Rasa nyeri menjadi pertanda utama penyakit jantung. Untuk lelaki, rasa nyeri dirasakan di bahagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bahagian bahu, punggung, siku, dan leher. Nyeri di beberapa titik bahagian tubuh ini disebabkan oleh  penyumbatan arteri.

8.    Denyutan jantung tak teratur
    Jika anda mengalami denyutan jantung yang tak teratur, ini patut diwaspadai kerana ianya boleh mengakibatkan kematian. Denyutan jantung yang tak teratur umumnya terjadi kerana adanya penebalan otot pada injap jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada injap sehingga menyebabkan kebocoran.

9. Sesak nafas
Sesak nafas disebabkan oleh penebalan pembuluh darah yang menghambat edaran darah ke seluruh tubuh. Ini juga disebabkan oleh denyutan jantung yang tidak teratur, kelainan organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta kelainan pada injap jantung.

     10. Pembengkakan
 Pembengkakan terjadi ketika cairan menumpuk di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahawa jantung sedang mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada injap jantung.

9 anggapan salah tentang penyakit jantung

    1.Penyakit jantung hanya terjadi pada orang gemuk saja
2. Penyakit jantung tidak mungkin berlaku  pada anak atau orang muda
3.   Wanita bebas dari penyakit jantung
4.   Penyakit jantung hanya satu penyakit.
5.   Jantungnya sihat, tak mungkin akan sakit jantung
6.   Jantung tidak ada hubungan dengan serangan stroke
7.   Penyakit jantung merupakanpenyakit jantung 
8.   Penyakit jantung tidak dapat dicegah

(sumber : wikipedia.org)

No comments:

Post a Comment