Sunday, June 30, 2013

Garlic

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA diwaktu musim panas.

Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif ( tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

MANFAAT UTAMA:


  • Mengandungi spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - mengelakkan kembung perut, gastrik, ketidakhadaman.
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi.
  • Detoksifikasi.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Mencegah kanser.
  • Menstabilkan glukos.
Rekomendasi : 2 tablet sehari (lepas makan)

Vitamin E


Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

MANFAAT UTAMA :


  • Melindungi jantung.
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif (lelaki).
  • Anti-penuaan.
  • Anti-oksidan yang kuat.
  • Kelestarian tenaga.
  • Memperbaiki arthritis.
  • Menghalang keguguran.
  • Memperbaiki parut.
Rekomendasi : 2 kali sehari,  1 kapsul setiap kali.

Saturday, June 29, 2013

Vitamin C

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

MANFAAT UTAMA:


  • Membentuk Kolagen - mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun.
  • Memerangi Kanser.
  • Mencantikkan Kulit.
  • Memperbaiki Imsomnia.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat.
AMARAN!!!
  1. Satu batang rokok mampu melupuskan 50 - 100mg vitamin C.
  2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C.
  3. Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak.
  4. Terlebih dos vitamin C (meleihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.
Adakah vitamin C Memadai Dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang dekian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

*Juga terdapat dalam bentuk Chewable Vitamin C khas untuk kanak-kanak atau mereka yang sukar untuk menelan pil.

Rekomendasi: 

Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 kali setiap hari, 2 tablet setiap kali (selepas makan)
Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit - 3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.

Carotomax

Pengambilan purata karotenoid lutein, and beta karotena adalah hanya 8mg. Carotomax membekalkan lebih 13 mg (21,500IU) karotenoid berfaedah ini.

Carotomax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahna untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

MANFAAT UTAMA :


  • Lebih selamat dari vitamin A.
  • Mempertingkatkan penglihatan.
  • Meredakan penyakit kulit.
  • Melindungi Epithelial - memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi - mengukuhkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser terutama kanser paru-paru dan payudara.
  • Menghalang Infeksi
  • Mengglakkan Perkembangan Normal dan Sihat
Mengapa warna kulit kuning?

Warna kulit sebilangan kecil pengguna menjadi kuning selepas mengambil beta karotena,walaubagaimanapun ini bukan penyakit jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi Vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning), serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.

Rekomendasi : 

Untuk pemeliharaan kesihatan - 1 kapsul dua kali sehari (selepas makan)
Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit - 2 kapsul dua kali sehari.


Nutriferon


Penggalak Imunisasi Terbaik!!!


Nutriferon SHAKLEE adalah penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Ianya sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat untuk sembuh.



 Siapakah yang perlu ambil Nutriferon? 
-----------------------------------------------------
- Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
- Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
- Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
- Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
- Mereka yang sering stress.
- Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
- Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
- Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.


 KEISTIMEWAAN NutriFeron SHAKLEE
------------------------------------------------
- Kukuhkan sistem imun badan kita dalam 3 hari saja
- Membantu lawan kanser & tumor
- Meringankan stress & kelesuan
- Melambatkan penuaan - NutriFeron merangsang pengeluaran makrofaj; mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Jadi sel akan lebih sihat!
- Mengurangkan infeksi pesakit Hepatitis B & C
- Mengurangkan masalah menopause
-Mengurangkan simptom PMS; kekejangan sewaktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, mood swing etc

# Rasa seperti teh herba jika dibancuh dalam air suam/panas, Dan rasa seperti brown sugar jika dimakan begitu saja.



BAGAIMANA NutriFeron BERTINDAK

-----------------------------------------------

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. 

Makanan tambahan NutriFeron ™ adalah direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama, ianya membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.

Rekomendasi : 1 paket sehari - tuang ke dalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)

Cinch Energy Tea Mix



  • Minuman yang selamat dan penggalak tenaga semulajadi.
  • Ditambah dengan taurina - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
  • Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.
  • Red Tea Extract - antioksidan / sistem imun yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.

Cinch Shake Mix


Produk yang paling sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan!!

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma anda.

OTOT = METABOLISME

Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

Tapi, setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energising Soy Protin - ESP ). Ini penting - kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadsar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh anda.

MANFAAT UTAMA :

Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.


  • Indeks glisemik - 22; sesuai untuk pengidap kencing manis.
  • Powered by leuchine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6 gm serat setiap hidangan.
  • Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula daarah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO.
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.