Wednesday, June 26, 2013

Mealshakes


Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran,kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Mealshakes dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Mealshakes merupakan pilihan yang bijak.

Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang memilih makanan, sembelit, sering mengantuk, sering demam dan selsema.

MANFAAT UTAMA:


  • NUTRISI LENGKAP - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • MEMBANTU TUMBESARAN - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • ANTI-OKSIDA - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merahyang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang cantik.
  • DETOKSIFIKASI - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • KELAZATAN RASANYA - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekuranagn vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
rekomendasi : Campurkan 2 sudu besar Mealshake bersama ESP dan Performance (perut kosong) atau minuman kegemaran atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.

Performance Drinks

Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlit do Amerika Syarikat. Ia juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlit bertaraf antarabangs adan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia, baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.


Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.



MANFAAT UTAMA : 


  •  Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal,meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh.
  • Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan Paras Gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.

Sangat sesuai untuk : para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot dan kulit, vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan dan sebagainya.

Rekomendasi : 
Sarapan : campurkan satu sudu besar untuk setiap performance, ESP dan 
              Mealshake.
Latihan : Campurkan dua sudu besar dalam 500ml air dan minum satu jam 
             sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu 
             latihan fizikal. Minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk 
             penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.

Herb-lax


Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi dan sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

MANFAAT UTAMA :

  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
Rekomendasi :

untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur.

untuk pembersihan usus/ detoksifikasi / melawan kanser/ mengawal berat badan - 2 kali sehari - 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)

PERHATIAN!!

Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala dibawah kondisi normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.

DTX Complex


Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama dalam Shaklee DTX Complex; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (  herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok ( herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

MANFAAT UTAMA:


  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
  • membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.
  • Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
  • Melawan tumor dan kanser.
  • Merendahkan paras gula dalam darah.
Rekomendasi : 3 biji sehari

Alfalfa Complex


Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan".  Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

MANFAAT UTAMA:


  • Mencuci hati, darah dan usus.
  • Melawan alahan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol.
  • Melawan tumor.
  • Melegakan keletihan.
  • Mencegah / merawat atritis.
Rekomendasi : 2 kali sehari, 5 biji setiap pengambilan.

Garlic


Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

MANFAAT UTAMA :


  • PUDINA - melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, melegakan mabuk laut, gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit, serta melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.
  • HALIA - ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • POKOK ADAS (fennal) - ia melegakan kembung perut, gejala flu dan masalah alergi pada saluran usus.
  • CEKUR MANIS (anise) - ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.
Rekomendasi : Membantu penghadaman : 3 biji selepas makan
                        Batuk, kelegaan tekak     : Hisap 2biji

Sunday, June 16, 2013

Selamat datang ke blog saya.. :)

Salam semua... :)
Alhamdulilllah.. akhirnya tertunai jgk niat nk wat blog.. nk berkongsi byk perkara ngan kawan2 semua... jom sama2 kita kongsi apa saja kat sini ye..