RAHSIA
JANTUNG SIHAT.. <3 <3 <3
SERANGAN JANTUNG.. SILENT KILLER !!
SAYANGI JANTUNG ANDA...
mencegah lebih baik daripada mengubati..faktor
pemakanan dan gaya hidup kita amat mempengaruhi kesihatan jantung kita..
makanan berlemak, tiada jadual makan yang baik, tidak bersenam@kurang aktiviti luar..
jadi..satu cara terbaik untuk memastikan jantung
kita sentiasa sihat ialah melalui vitamin@makanan tambahan..apa la sgt keluar
sikit fulus jika dibandingkan dengan nikmat kesihatan..insyaAllah supplement
shaklee boleh membantu...
Blh jgk bg pd ibu bapa/suami/isteri sbg hadiah..
Sedikit info
mengenai Masalah Serangan Jantung
Serangan
jantung ( Myocardial infarction,
acute myocardial infarction, MI, AMI) adalah terhentinya aliran darah,
meskipun hanya sesaat, yang menuju ke jantung, dan mengakibatkan sebahagian sel
jantung menjadi mati.
Penyakit
jantung merupakan penyebab kematian nombor satu pada orang dewasa di seluruh
dunia dan ia merupakan pembunuh dalam diam (silent killer) kerana ramai pesakit
tidak menyedari adanya penyakit tersebut dan mengalami serangan mengejut.
Semakin hari
pengidap penyakit jantung dan stroke terus bertambah. Ini berpunca daripada gaya
hidup yang tidak sihat seiring dengan berubahnya gaya hidup.
Faktor-faktor
Risiko Penyakit Jantung Koroner
- · Memasuki usia 45 tahun bagi lelaki.
- · Bagi wanita, memasuki usia 55 tahun atau mengalami menopause dini (sebagai akibat operasi).
- · Sejarah penyakit jantung dalam keluarga.
- · Diabetes.
- · Merokok.
- · Tekanan darah tinggi (hipertensi).
- · Kegemukan (obesiti).
- · Gaya hidup tidak sihat ( pemakanan tidak teratur, berlemak, kurang bersenam@aktiviti luar)
- · Stress/kurang sihat
10 Tanda dan
gejala penyakit jantung yang perlu diwaspadai..
1.
Kelelahan
Jika anda kerap merasa lelah walaupun tidak melakukan aktiviti berat, Segera
dapatkan konsultasi doktor . Keadaan ini mungkin terjadi kerana adanya masalah
pada jantung. Rasa lelah ini juga sering terasa waktu bangun tidur.
2.
Nyeri di dada
Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin
merasakan nyeri di bahagian dada kerana penyumbatan arteri yang menyebabkan
aliran darah ke seluruh tubuh tidak lancar. Keadaan ini juga boleh menyebabkan tubuh
menjadi lemah atau strok.
3.
Berpeluh
Umumnya seseorang berpeluh setelah selesai bersenam atau saat cuaca
panas. Tetapi jika anda mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti berat,
kemungkinan jantung anda bermasalah.
4.
Sakit kepala
Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala
apabila terkena cahaya. Ini mungkin
berpunca daripada denyutan jantung, sama ada ia berdenyut lebih lambat atau
lebih cepat. Terutama pada wanita yang sering mengalami migrain atau gangguan
visual, setidaknya dua kali dalam sebulan, perlu waspada. Berkemungkinan ini
merupakan gejala perkembangan penyakit jantung, menurut kajian yang diterbitkan
oleh American Academy of Neurology.Ini terjadi kerana penyimpangan sirkulasi
darah yang menyebabkan sakit kepala yang teruk
5.
Mual
Gejala gangguan jantung bermula dengan pembengkakan di bahagian perut.
Hal ini menyebabkan pengidap penyakit jantung hilang selera makan dan merasa
mual.
6.
Trauma
Pengidap yang pernah terkena serangan jantung boleh menyebabkan trauma.
Akibatnya, mereka yang pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami
ketegangan, ketakutan, atau trauma akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan psikologi
dan stress yang menyebabkan serangan lebih mudah untuk menyerang kali kedua
atau seterusnya.
7.
Nyeri tubuh
Rasa nyeri menjadi pertanda utama penyakit jantung. Untuk lelaki, rasa
nyeri dirasakan di bahagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit
di kedua lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bahagian
bahu, punggung, siku, dan leher. Nyeri di beberapa titik bahagian tubuh ini
disebabkan oleh penyumbatan arteri.
8.
Denyutan jantung tak teratur
Jika anda mengalami denyutan
jantung yang tak teratur, ini patut diwaspadai kerana ianya boleh mengakibatkan
kematian. Denyutan jantung yang tak teratur umumnya terjadi kerana adanya
penebalan otot pada injap jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada
injap sehingga menyebabkan kebocoran.
9. Sesak nafas
Sesak nafas disebabkan oleh penebalan pembuluh darah yang menghambat
edaran darah ke seluruh tubuh. Ini juga disebabkan oleh denyutan jantung yang
tidak teratur, kelainan organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta
kelainan pada injap jantung.
10. Pembengkakan
Pembengkakan terjadi ketika cairan menumpuk di
dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian pergelangan kaki dan perut. Gejala
ini merupakan tanda bahawa jantung sedang mengalami kecacatan serta adanya
kelainan pada injap jantung.
9 anggapan salah tentang penyakit
jantung
1.Penyakit
jantung hanya terjadi pada orang gemuk saja
2. Penyakit jantung tidak mungkin berlaku pada anak atau orang muda
3.
Wanita bebas dari penyakit jantung
4.
Penyakit jantung hanya satu penyakit.
5.
Jantungnya sihat, tak mungkin akan
sakit jantung
6.
Jantung tidak ada hubungan dengan
serangan stroke
7.
Penyakit jantung merupakanpenyakit jantung
8.
Penyakit jantung tidak dapat dicegah
(sumber : wikipedia.org)
No comments:
Post a Comment